Negara Penerapan ISLAM

Assalamualaikum sy ucapkan kepada sesiapa sahaja yg membaca entry ini..=)

Sudah lama tidak menulis
Lantaran kesibukan yang melanda diri sy
Dalam minggu ini sahaja walaupun kuliah tidak lah sebanyak minggu2 yg lepas
Tetapi terdapat beberapa urusan yg perlu dilaksanakan dan diselesaikan cepat
Alhamdulillah,segalanya selesai sudah~

Dalam minggu ini sahaja,
Di akhbar-akhbar khususnya Berita Harian dan Utusan (surat khabar cina sekalipun)
Ligat bercerita tentang Perhimpunan Agong UMNO 2008
Yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini telah turun dan diganti oleh Datuk Seri Najib Razak
Dengan memegang jawatan sebagai Presiden UMNO bagi sesi sepanjang 2009-2012
Bagi kerusi :
Timbalan Presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden 1 - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden 2 - Datuk Seri Hishamuddin
Ketua Wanita UMNO - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pemuda UMNO - Khairy Jamaluddi
Ketua Puteri UMNO - Rosnah Abdul Rashid

Apa-apa pun tahniah buat mereka
Diharapkan UMNO akan melakukan perubahan
Kearah kepimpinan yang menerapkan unsur-unsur ISLAM
Diharapkan tidak ada lagi politik wang diamalkan
Bukan sahaja UMNO, PAS,PKR dan seluruh rakyat Malaysia tidak mengamalkannya..
Seperti dlm perhimpunan agong UMNO, Shahrizat berpesan agar UMNO perlu berubah
Ingin saya tekankan disini,bukan sahaja UMNO yang perlu berubah
tetapi perubahan menyeluruh, bukan pada ahli UMNO sahaja, malah kesemua penduduk
Tetapi perubahan yang pertama yang perlu dilakukan adalah perubahan individu itu sendiri

Bak kata adik saya :
"Sebelum kita menuangkan air pada gelas orang lain, Perlulah kita memenuhkan dahulu botol kita, jika botol kita kosong, masakan terisi gelas-gelas yang lain"

(Terima Kasih adek sha kerana selalu menasihati kakak dan menegur mana yang salah)

Kepimpinan negara sekarang bagi saya tidak menepati seperti zaman pemerintahan Rasulullah dan zaman pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidun;

Contoh tauladan di bawah kepimpinan RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam
adalah satu contoh ikutan para-para Khulafa' Al-Rasyidun dan pemimpin selepas
daripada Khulafa' yang empat itu.
1.)Mereka tidak mendabik dada, merasa bahawa diri
mereka suci daripada segala dosa.
2.)Dengan jawatan yang mereka jawati itu, tidak pula
dengan secara automatik, semua anak cucu, kaum kerabat mereka tidak dikecualikan dari
sebarang undang-undang syara', Malahan tidak suatu pun kemewahan yang mereka
perolehi jika hendak dibandingkan dengan rakyat jelata semua.
3.)Abu Bakar radiyaLlahu 'ann selepas sahaja beliau dilantik menjadi khalifah, maka
dengan terus-terang ia menjelaskan kepada rakyat jelata dengan katanya;

Maksudnya:

"Saya telah dilantik untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang paling mulia jika hendak dibandingkan dengan kamu semua. Maka, andainya saya masih menjalankan tugas dengan betul, berilah kerjasama dan bantulah saya. Andai saya tersalah,maka tolonglah betulkan."

Saya kira inilah suatu keterangan lengkap lagi padat yang melambangkan identiti
seorang pemimpin kepada negara Islam. Jadi, dengan penjelasan Abu Bakar radiyallahu
'anhu itu juga membuktikan bahawa negara Islam bukanlah hak milik individu yang
tertentu, seperti mana sebuah kerajaan yang telah dimonopoli oleh padri-padri gereja dan
pengikut-pengikut padri pada pertengahan abad kurun yang lampau, di mana
kedudukan paderi-paderi gereja lebih istimewa dan jauh berbeza dari rakyat jelata.

Ermm...(apa lagi yek nak dituliskan disini..)
Masih saya ingat kata-kata seorang sahabat saya ni :
"Politik dalam ISLAM bermaksud mengatur urusan umat"
tetapi tiap kali saya kenangkan sistem pemerintahan di negara kita sekarang
saya berasa amat sedih dan terkilan dengan sikap sesetengah pihak
mereka hanya menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan mereka sendiri
tanpa memikirkan kebajikan rakyat..

"Menjadi seorang pemimpin bukan untuk bersenang lenang"
Kalau nak diikutkan zaman Rasulullah dan Khulafa' Al-Rasyidun dulu
Mereka yang bersusah payah demi rakyat bukan sebaliknya
Dimana jika dilihat sekarang perkara yang sebaliknya berlaku pada zaman pemerintahan demokrasi negara kita sekarang..

Sebagai seorang pelajar apa yang saya boleh lakukan????
Menjadi seorang pelajar bagi saya tidak membataskan untuk saya mengubahnya,
Setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya..
Bagaimana caranya untuk kita muhasabbah pemimpin???
Persoalan yang sehingga sekarang membelenggu fikiran saya
Akhir-akhir ini saya terlalu membimbangkan keadaan politik di Malaysia
Semakin hari ada sahaja isu-isu yang digembar-gemburkan terutama oleh pihak media dan media cetak..
Saya mendambakan pemerintahan yang mencontohi Rasulullah SAW dan khulafa' al-rasyidun..
Bilakan keadilan dan zaman kegemilangan ISLAM itu dapat digapai???

__SAYA MASIH BERFIKIR__

0 comments: