Aku Menulis Di Kala Petang Yang Damai''~

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim..
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
ALHAMDULILLAH..syukur ke hadrat ilahi kerana aku masih diberi nyawa tika ini
Syukur juga kerana aku telah pun meletakkan jawatan aku sebagai Exco Akademik Kelab Farmasi untuk sesi 2008/2009
Akhirnya tiba masanya untuk aku menurunkan segala tanggungjawabku kepada adik junior, tahun satu Farmasi,semoga dia menjadi yang lebih baik dari aku,dan moga ada pembaharuan yang akan dia lakukan..insyALLAH..sama-samalah mendoakan kejayaan organisasi baru..
TAHNIAH juga diucapkan kerana pada tanggal 13 Mac 2009, maka tertubuhnya satu badan
iaitu Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi (PMFFAR)
untuk kesemua barisan kepimpinan PMFFAR,
peganglah amanah yang telah diberikan dengan baik
Menjadi seorang pemimpin bermakna satu kaki kita di syurga dan satu lagi kaki kita di neraka
Semoga kalian berjaya di dunia dan di akhirat..amin~

AGM Kelab Farmasi berjalan dengan lancar,alhamdulillah..
pelbagai soalan-soalan dan juga usul dikemukakan
jenuh juga hendak menjawabnya..hehe..
Dengan pemansuhan ini,maka wujudlah PMFFAR yang akan menyambung teraju
Fakulti Farmasi,Universiti Kebangsaan Malaysia.

.:UKM Di Hati Ku:.

Walaupun kehidupan aku di UKM tak seperti zaman matrikulasi
Tetapi aku tetap memikirkan yang positif
Ya..inilah aturan hidupku seperti yang tertulis di Luh Mahfuz
Redha menerimanya, itu yang penting

Melangkah pula kepada perbentangan tentang diet supplement dan online pharmacy
tentang cancer dan juga tentang Varicella Zoster Virus yang cause Chicken Pox
Selesai sudah perbentangan ku,agak gementar berada di hadapan
have to face all kind of questions (yang pelik-pelik pun ada)
But finally selesai juga perbantangan tersebut..uhu..
sangat berpuas hati dan sangat gembira
Segala kuiz dan test pun sudah terlaksana
ALHAMDULILLAH..sangat la lega~

Seterusnya, melangkah ke minggu terakhir kuliah sebelum minggu ulangkaji bermula
PBL (Problem Base Learning) 1st case was on Monday dan
the next day was the solution of the case,
Case kali ni is about, a 50 years old woman,presenting skin itchiness at perigenital area,
having Diabetes for almost 15 years, and the doctor prescribed her Metformin and Glibenclamide which is an antidiabetic agents, but still the level of glucose is high, so then doctor changed to Mixtard, the mixture insulin
sgt tak banyak masa untuk totally complete all the learning outcomes but still trying
Alhamdulillah..sepakat membawa berkat,hasil gabungan kesemua ahli kumpulan PBL
(aku,ening,sha,faidz & ajim)
Dapat juga kami selesaikan tugasan kami dan membentangkannya pada session kedua
Akhirnya, case terakhir selesai sudah, jadi seterusnya fokus pada FINAL EXAMINATION
20th till 8th May 2009

20th April 2009 - Pensterilan dan Teknik Aseptik
27th April 2009 - Pelbagai Sistem Tubuh dan Terapi
29th April 2009 - Teknologi Farmaseutikal II
4th May 2009 - Antiefektif dan Lain-lain Kemoterapi
6th May 2009 - Analisis Farmaseutikal I
8th May 2009 - Teknologi Maklumat Dalam Farmasi

Ya..jadual exam yang sgt menakutkan bilamana
subjek 3 jam kredit hampir antara satu sama lain..
USAHA + TAWAKAL + DOA = Berjaya
InsyaALLAH..

ermmm..beberapa hari ni, ada sesuatu yang aku fikirkan
Dari mana puncanya,oleh siapa,dan bagaimana serta mengapa menjadi persoalan
yang berlegar-legar di dalam kepala aku
Ya..mungkin salah faham telah berlaku disini
Disini ada sesuatu yang ingin aku sampaikan :

Sabda Rasulullah SAW : "Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu, apabila berbicara dia berbohong, apabila berjanji dia khianat dan apabila dipercayai dia curang" (Bukhori dan Muslim)

Jika ada sesuatu yang disampaikan adalah sesuatu yang bersifat bohong/batil
maka munafiklah dia..
Ya! berani kerana benar, takut kerana salah
Sesungguhnya,sesiapa yang mendahulukan maaf, dia mulia disisi Tuhannya
Apa yang terjadi, aku anggap sebagai ujian dari Nya
Wahai Pembaca, ingatlah setiap hari kita merupakan ujian buat kita
Keputusannya..di akhirat nanti..=)
Aku sanjung surat cinta dari Mu Ya Rabb..merupakan pegangan ku dimana
aku tidak akan pernah sesat selama mana aku berpegang padanya..Al-Quran dan sunnah

Hari Sabtu yang lalu, aku pergi ziarah adikku yang bakal menduduki peperiksaan akhir
KMJ..tempatku bertemu kamu sahabat ku
(Nor Liyana,Farah Liyana,Zulaikha & Nurfadhilah)
Tiba masa untuk balik, ku didekati oleh adikku
Kemudian bibit demi bibit dia berbicara menyatakan kerisauannya
terhadap peperiksaan yang bakal menjelang 13hb April 2009 ini..
Tetapi ada yang lebih penting..
dia menyuarakan tentang sesuatu berkaitan hati
Penyakit Hati? Maksiat hati?
Tidak lari dari fitnah, kehidupan di dunia ini..
Lalu ku tepuk bahunya, memberi kata-kata semangat buatnya..
Wahai adik ku Muhammad Amsyar bin Abol Hasan
Ingat lah kau pada perkara-perkara ini
Yang Pertama, Surat Cinta dari ALLAH,bacalah,fahamilah serta aplikasikanlah
Yang Kedua, Jagalah hubungan mu dengan DIA, nescaya DIA akan menjaga hubungan mu sesama insani adik..
Yang Ketiga, Hidup didunia ibarat roda, kadang-kadang diatas dan kadang dibawah
Yang Terakhir, setiap hari mu merupakan ujian buatmu adik, dimana diturunkan ujian sebegitu kerana DIA Maha Mengetahui segala apa yang kau tidak tahu adik..
kerna DIA tahu dimana tahap mu, sejauh mana kekuatanmu adik..

.:kakak sangat sayangkan kamu adik:.

Buat sahabat :
Yan, terima kasih atas tunjuk ajar ko selame neh,seryes sgt mengkagumi ko act,
but dalam diam jek lorh..eheh..
Zue, terima kasih untuk semangat yang zue berikan pd ain bila ain jatuh..gud luck utk zue!
Faraley, kau mmg seorg shbt yg baik, ternyata sgt tidak sia-sia mengenali kau..
Fadh, jgn lah bersedi wahai sahabat, biarpun kita jauh, namun ukhwah yang terbina ini
tidak akan putus, Ukhwah Fillah Abadan Abada
Shira, sangat banyak membantu dan membimbing ain, tanks a lot shira..syg kamu!
Akhir sekali, dila, tqvm dila, mengikuti dari awal hingga hari ini,sgt pandai menenangkan ain..

.:TERIMA KASIH SAHABAT ATAS SEGALANYA:.

Akhir kata : ALLAH yubarik fik..
illaliqa'

__ainulnabihah__

Negara Penerapan ISLAM

Assalamualaikum sy ucapkan kepada sesiapa sahaja yg membaca entry ini..=)

Sudah lama tidak menulis
Lantaran kesibukan yang melanda diri sy
Dalam minggu ini sahaja walaupun kuliah tidak lah sebanyak minggu2 yg lepas
Tetapi terdapat beberapa urusan yg perlu dilaksanakan dan diselesaikan cepat
Alhamdulillah,segalanya selesai sudah~

Dalam minggu ini sahaja,
Di akhbar-akhbar khususnya Berita Harian dan Utusan (surat khabar cina sekalipun)
Ligat bercerita tentang Perhimpunan Agong UMNO 2008
Yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini telah turun dan diganti oleh Datuk Seri Najib Razak
Dengan memegang jawatan sebagai Presiden UMNO bagi sesi sepanjang 2009-2012
Bagi kerusi :
Timbalan Presiden - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden 1 - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden 2 - Datuk Seri Hishamuddin
Ketua Wanita UMNO - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pemuda UMNO - Khairy Jamaluddi
Ketua Puteri UMNO - Rosnah Abdul Rashid

Apa-apa pun tahniah buat mereka
Diharapkan UMNO akan melakukan perubahan
Kearah kepimpinan yang menerapkan unsur-unsur ISLAM
Diharapkan tidak ada lagi politik wang diamalkan
Bukan sahaja UMNO, PAS,PKR dan seluruh rakyat Malaysia tidak mengamalkannya..
Seperti dlm perhimpunan agong UMNO, Shahrizat berpesan agar UMNO perlu berubah
Ingin saya tekankan disini,bukan sahaja UMNO yang perlu berubah
tetapi perubahan menyeluruh, bukan pada ahli UMNO sahaja, malah kesemua penduduk
Tetapi perubahan yang pertama yang perlu dilakukan adalah perubahan individu itu sendiri

Bak kata adik saya :
"Sebelum kita menuangkan air pada gelas orang lain, Perlulah kita memenuhkan dahulu botol kita, jika botol kita kosong, masakan terisi gelas-gelas yang lain"

(Terima Kasih adek sha kerana selalu menasihati kakak dan menegur mana yang salah)

Kepimpinan negara sekarang bagi saya tidak menepati seperti zaman pemerintahan Rasulullah dan zaman pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidun;

Contoh tauladan di bawah kepimpinan RasuluLlah SallaLlahu 'alaihi Wasallam
adalah satu contoh ikutan para-para Khulafa' Al-Rasyidun dan pemimpin selepas
daripada Khulafa' yang empat itu.
1.)Mereka tidak mendabik dada, merasa bahawa diri
mereka suci daripada segala dosa.
2.)Dengan jawatan yang mereka jawati itu, tidak pula
dengan secara automatik, semua anak cucu, kaum kerabat mereka tidak dikecualikan dari
sebarang undang-undang syara', Malahan tidak suatu pun kemewahan yang mereka
perolehi jika hendak dibandingkan dengan rakyat jelata semua.
3.)Abu Bakar radiyaLlahu 'ann selepas sahaja beliau dilantik menjadi khalifah, maka
dengan terus-terang ia menjelaskan kepada rakyat jelata dengan katanya;

Maksudnya:

"Saya telah dilantik untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang paling mulia jika hendak dibandingkan dengan kamu semua. Maka, andainya saya masih menjalankan tugas dengan betul, berilah kerjasama dan bantulah saya. Andai saya tersalah,maka tolonglah betulkan."

Saya kira inilah suatu keterangan lengkap lagi padat yang melambangkan identiti
seorang pemimpin kepada negara Islam. Jadi, dengan penjelasan Abu Bakar radiyallahu
'anhu itu juga membuktikan bahawa negara Islam bukanlah hak milik individu yang
tertentu, seperti mana sebuah kerajaan yang telah dimonopoli oleh padri-padri gereja dan
pengikut-pengikut padri pada pertengahan abad kurun yang lampau, di mana
kedudukan paderi-paderi gereja lebih istimewa dan jauh berbeza dari rakyat jelata.

Ermm...(apa lagi yek nak dituliskan disini..)
Masih saya ingat kata-kata seorang sahabat saya ni :
"Politik dalam ISLAM bermaksud mengatur urusan umat"
tetapi tiap kali saya kenangkan sistem pemerintahan di negara kita sekarang
saya berasa amat sedih dan terkilan dengan sikap sesetengah pihak
mereka hanya menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan mereka sendiri
tanpa memikirkan kebajikan rakyat..

"Menjadi seorang pemimpin bukan untuk bersenang lenang"
Kalau nak diikutkan zaman Rasulullah dan Khulafa' Al-Rasyidun dulu
Mereka yang bersusah payah demi rakyat bukan sebaliknya
Dimana jika dilihat sekarang perkara yang sebaliknya berlaku pada zaman pemerintahan demokrasi negara kita sekarang..

Sebagai seorang pelajar apa yang saya boleh lakukan????
Menjadi seorang pelajar bagi saya tidak membataskan untuk saya mengubahnya,
Setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya..
Bagaimana caranya untuk kita muhasabbah pemimpin???
Persoalan yang sehingga sekarang membelenggu fikiran saya
Akhir-akhir ini saya terlalu membimbangkan keadaan politik di Malaysia
Semakin hari ada sahaja isu-isu yang digembar-gemburkan terutama oleh pihak media dan media cetak..
Saya mendambakan pemerintahan yang mencontohi Rasulullah SAW dan khulafa' al-rasyidun..
Bilakan keadilan dan zaman kegemilangan ISLAM itu dapat digapai???

__SAYA MASIH BERFIKIR__